Thursday, 17 October 2013

PRISTIN – PELAN SIMPANAN DAN PERLINDUNGAN DENGAN GANJARAN TUNAI TAHUNAN



Satu Langkah Mudah Ke Arah Simpanan Yang Membantu Anda Menikmati Kehidupan Yang Dirancang
Mulakan menyimpan dengan Pristin dan lihat pulangannya dalam masa tedekat. Wang Anda Berkembang Dengan Pristin
Pristin adalah pelan simpanan yang menawarkan manfaat ganjaran tunai setiap tahun bagi tempoh 20 tahun serta manfaat perlindungan Kematian, Hilang Upaya Kekal Menyeluruh dan Penyakit Terminal selama tempoh sijil berkuatkuasa. Ganjaran tunai tahunan bermula dari 5% – 10% daripada Sumbangan Tahunan Asas.

Manfaat Utama Yang Ditawarkan Oleh Pristin
Manfaat KematianSekiranya berlaku Kematian ke atas Orang Dilindungi, Jumlah dilindungi berserta semua nilai terkumpul dalam Dana Pelaburan Peserta (DPP), termasuk sebarang keuntungan daripada pelaburan yang dibuat (jika ada) ditolak dengan sebarang hutang akan dibayar secara sekaligus.
Manfaat Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (HUMK)Sekiranya berlaku HUMK ke atas Orang Dilindungi sebelum umur 65 tahun, Jumlah Dilindungi serta semua nilai terkumpul dalam DPP, termasuk sebarang keuntungan daripada pelaburan yang dibuat (jika ada) akan dibayar.

Jika bayaran agregat Jumlah Dilindungi (setiap seorang yang dilindungi) adalah sehingga RM1 juta, manfaat akan dibayar secara sekaligus. Jika Jumlah Dilindungi adalah melebihi RM1 juta, baki Jumlah Dilindungi akan dibayar satu (1) tahun selepas bayaran pertama dibuat, tertakluk kepada terma dan syarat yang dinyatakan di dalam kontrak sijil.
Manfaat Penyakit TerminalSetelah Orang Dilindungi didiagnosis mengalami Penyakit Terminal semasa tempoh Takaful atas sebab semula jadi atau kemalangan, jumlah dibayar adalah bersamaan dengan Jumlah Dilindungi serta nilai terkumpul di dalam DPP, jika ada.

Penyakit Terminal ditakrifkan sebagai keadaan yang dijangka akan menyebabkan kematian kepada Orang Dilindungi dalam masa 12 bulan. Orang Dilindungi hendaklah tidak lagi menerima rawatan aktif selain daripada ubat penahan sakit. Diagnosis mestilah disokong dengan pengesahan bertulis oleh pakar yang sewajarnya dan disahkan oleh doktor yang dilantik oleh Pihak Syarikat.
Manfaat MatangApabila tempoh Sijil dipenuhi oleh Orang Dilindungi, nilai terkumpul di dalam DPP termasuklah keuntungan DPP dan lebihan dari Dana Risiko Peserta (DRP), jika ada, yang telah diperuntukan kepada Peserta akan dibayar.
Bayaran Tunai TahunanBayaran Tunai Tahunan Tetap berdasarkan pada peratusan Sumbangan Tahunan Berbayar* akan dibayar sepanjang tempoh Sijil selama 20 tahun.

Sijil
Tahun
Bayaran Tunai Tahunan
(% daripada Sumbangan Tahunan Asas* yang Dibayar)
Tahun 1 – 55%
Tahun 6 – 2010%

*Tidak termasuk sumbangan tambahan dan sumbangan rider (jika ada)
Mod sumbangan tahunan: Bayaran dibuat pada permulaan setiap tahun Sijil. Mod sumbangan lain: Bayar dibuat pada penghujung setiap tahun Sijil, tertakluk pada sumbangan penuh yang diterima bagi setiap tahun Sijil
CIRI-CIRI TAKAFUL PRISTIN
Akad/KontrakPrinsip Tabarru’ dan Wakalah
DanaDana Pelaburan Peserta (DPP)- Dana bahagian simpanan dan keuntungan pelaburan
Nota: Keuntungan pelaburan (bayaran insentif) dibahagi dua antara peserta (90%) dan eTiQa(10%)
Dana Risiko Peserta- Dana bahagian Tabarru’ (sumbangan) bagi manfaat sesama   peserta
Nota: surplus dibahagi dua antara peserta (50%) dan eTiQa (50%). Surplus ini akan dimasukkan ke dalam DPP setiap akhir tahun kewangan
Tempoh20 tahun
Umur14 hari – 60 tahun bagi orang dilindungi
19 tahun bagi peserta
Jumlah Perlindungan MinimumRM15,000.00
Cara CarumanBulanan, Suku Tahunan, Setengah Tahunan, Tahunan
MANFAAT-MANFAAT ASAS PRISTIN
SIMPANAN MATANG
(tempoh matang)
SIMPANAN TERKUMPUL DPP (termasuk keuntungan) + surplus DRP (jika ada)
SERAHAN AWAL POLISI
(sebelum tempoh matang)
SIMPANAN TERKUMPUL DPP (termasuk keuntungan) + surplus DRP (jika ada)
Nota: Tiada caj serahan awal dikenakan
KEMATIANPembayaran sekaligus : SIMPANAN TERKUMPUL DPP + JUMLAH PERLINDUNGAN ASAS + BELANJA PENGEBUMIAN RM1000 +  Surplus DRP (jika ada)
HILANG UPAYA MENYELURUH KEKAL- HUMKPembayaran sekaligus : SIMPANAN TERKUMPUL DPP + JUMLAH PERLINDUNGAN ASAS  + Surplus DRP (jika ada)
Nota: sekiranya HUMK berlaku sebelum usia 65 tahun
PERLINDUNGAN INTERIMTempoh perlindungan interim untuk 90 hari dari tempoh tarikh sumbangan sehingga tarikh keluar sijil
PENGECUALIAN CUKAI PENDAPATANTertakluk kepada had LHDN
MANFAAT TAMBAHAN – RIDER
(untuk orang dilindungi)
Takaful PRISTIN boleh digandingkan dengan manfaat-manfaat tambahan dari RIDER-RIDER berikut
1. ‘Medic Save’
2. Kematian & Hilang Anggota Tubuh (akibat kemalangan)
3. Manfaat Tunai Hospital
4. Manfaat Penyakit Kritikal
5. ‘Level Term Rider’ – Manfaaat tambahan KEMATIAN/HUMK
6. Pengecualian Sumbangan Akibat Penyakit Kritikal
7. Manfaat Kemalangan
MANFAAT TAMBAHAN – RIDER
(untuk peserta/pembayar)
1. Pengecualian Sumbangan Akibat Penyakit Kritikal
2. Pengecualian Sumbangan Akibat Kematian/Hilang Upaya
3. ‘Level Term Rider’ – Manfaaat tambahan KEMATIAN/HUMK
4. Manfaat Pendapatan Keluarga

Lihat brosur PRISTIN

No comments:

Post a Comment