eTiQa & Takaful

eTiQa Takaful adalah cabang eTiQa di bawah kumpulan Maybank. eTiQa merupakan entiti baru hasil daripada penggabungan Mayban Fortis, Malaysia National Insurance dan Takaful Nasional sekitar hujung tahun 2007. Melalui penjenamaan semula ini, Malaysia National Insurance telah dikenali sebagai Etiqa Insurance Berhad manakala Takaful Nasional pula sebagai Etiqa Takaful Berhad. Sebagai sebuah institusi takaful, perjalanan operasi eTiQa Takaful tertakluk di bawah Akta Takaful 1984 yang berpaksikan kepada aspek pematuhan Syariah. Bersama Majlis Pengawasan Syariah yang dibentuk, eTiQa takaful komited di dalam memastikan produk takaful yang dirangka adalah patuh Syariah dan mampu memenuhi keperluan umat Islam. Pelan-pelan takaful di bawah eTiQa takaful merangkumi keperluan simpanan, perlindungan, pelaburan, pendidikan dan perubatan.
eTiQa Takaful telah berjaya meletakkan dirinya sebagai pengendali takaful terbesar di Malaysia. Antara pencapaian-pencapaian dan pengiktirafan (tempatan dan antarabangsa) yang telah diraih oleh eTiQa Takaful adalah:
1. Anugerah ‘Best Takaful Marketing’ di International Takaful Awards 2008 London
2. Anugerah ‘‘Most Outstanding Takaful Company’ di Kuala Lumpur Islamic Finance Forum   (2008-2012)
3. Anugerah ‘Best Brand in Services – Insurance and Takaful’ di Brand Laureate Award Night 2009 KL
4. Anugerah ‘Best Bancatakaful’ di International Takaful Award 2009 London


Konsep Takaful
Takaful adalah istilah terbitan dari kata dasar perkataan Arab ‘kafala’ yang membawa pengertian untuk saling menjamin atau menjaga. Pada asasnya, takaful merujuk kepada konsep kesepakatan sekumpulan peserta untuk saling bekerjasama, bertanggungjawab, saling menjamin dan membantu antara satu sama lain apabila berlaku sesuatu musibah atau kemudaratan. Kesepakatan ini diterjemahkan melalui caruman atau sumbangan ke dalam dana takaful berasaskan akad tabarru’ dan ta’awun. Ia adalah konsep yang membentuk cabang muamalah Islam yang selari dengan kehendak syariah.
Produk takaful eTiQa Takaful mengguna pakai prinsip Tabarru’ sebagai prinsip utama akad selain prinsip Wakalah sebagai pelengkap. Takaful seharusnya menjadi pilihan kita umat Islam sebagai sokongan kepada perkembangan muamalah Islam. Takaful adalah alternatif kepada insuran konvensional yang telah difatwakan sebagai haram kerana tidak menepati kehendak syariah.
Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan kali ke-16 pada 15-16 Februari 1979 memutuskan Insuran Nyawa ( Konvesional ) sebagaimana dikendalikan kebanyakan syarikat insuran adalah HARAMdan sebagai suatu muamalat yang fasad kerana akadnya tidak sesuai dengan prinsip Islam
Kesatuan Fiqh Islam ( Majma’Fiqh ) yg dianggotai oleh ulama dari seluruh dunia Islam yang diasaskan oleh Persidangan Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC) dalam mesyuaratnya di Jeddah pada 22-28 Disember 1995 memutuskan selepas mengkaji semua jenis dan bentuk insuran, bahawa ianya mengandungi unsur Fasid dan HARAM.
Dalam petikan Khutbah Jumaat pula oleh Datuk Haji Tamyiz Bin Abdul Wahid, Mufti Negeri Selangor pada 12 Mei 2000 antara lain menyebut
“Ulama feqah telah memutuskan bahawa sistem insurans yang boleh  diterima mengikut landasan syariah hendaklah berasaskan konsep takaful.
Mengapa memilih eTiQa Takaful
Selain asas kewangan yang kukuh dan stabil serta pengiktirafan-pengiktirafan yang diterima, berikut adalah antara beberapa sebab mengapa eTiQa Takaful harus menjadi pilihan anda (tidak terhad kepada senarai di bawah sahaja).

- Pelan patuh syariah yang diawasi oleh Majlis Pengawasan Syariah eTiQa

- Kad Perubatan Dengan 100% Pembiayaan – TIADA KO-TAKAFUL

- Manfaat Pencecualian Sumbangan

- Manfaat Penyakit Kritikal

- Manfaat Rawatan Lanjutan Dialisis, Kanser

- Manfaat Perubatan Alternatif seperti Homeopathi

- Manfaat Kemalangan (24 jam seluruh dunia)

- Manfaat Kematian

- Manfaat Hilang Upaya/Kecacatan

- Tabung Khairat Kematian

- Manfaat Elaun Tunai Hospital

- Manfaat Elaun Tunai Cuti Sakit Kemalangan

- Manfaat Simpanan Tempoh Matang

- Pengeluaran Simpanan Tunai (tanpa mengurangkan jumlah perlindungan)

- Manfaat Pendidikan

- Pelaburan Hari Persaraan

- Alternatif Kepada Insurans Konvensional Yang Difatwakan Haram

- Simpanan/Keuntungan Dibersihkan Dengan Zakat

- Pengecualian Cukai Pendapatan

- Menikmati Perkongsian Untung (Mudharabah)

- Amal Jariah (Tabbaru’at) Selama-lamanya

- Perlindungan 24 Jam dan di Seluruh Dunia

- Keredhaan Dunia dan  Akhirat

- Jaminan Haji & Umrah

- Tuntutan Tanpa Laporan Bedah Siasat

eTiQa Takaful menawarkan pelan-pelan takaful yang komprehensif yang mampu memenuhi keperluan perlindungan, simpanan, perubatan, pelaburan dan pendidikan keluarga anda.

No comments:

Post a Comment