INFO: Simpanan tanpa pelan perlindungan mendedahkan kita kepada risiko penyusutan jumlah simpanan apabila berlaku perkara tidak diingini di dalam kehidupan kita seperti kematian, kecacatan, kemalangan dan sebagainya. Selain perlindungan asas dari pelan Harmoni, anda boleh menaiktaraf perlindungan keluarga anda dengan menggandingkan HARMONI bersama kad perubatan Ultra Medic Rider. Jangan sia-siakan masa muda kita sementara kita masih sihat tanpa memulakan sebarang perancangan untuk keperluan perlindungan masa hadapan. Lihat Bagaimana Takaful Membantu Anda. Hubungi saya untuk khidmat nasihat berkaitan pelan-pelan eTiQa Takaful.
According to statistics, 19 people are admitted to the hospital every hour; approximately 1,035 people* perish from accidental injuries annually and many more leave their families without life savings. Secure a better future now because life is full of uncertainties.
HARMONI - Simpanan Yang Melindungi Keperluan Kewangan Anda Pada Hari Depan
Pelan simpanan yang dapat memenuhi keperluan perlindungan dan keperluan kewangan masa hadapan anda. Di dalam Pelan HARMONI, Jumlah Perlindungan Asas (Sum Covered) dibayar sekiranya berlaku Kematian atau Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal ke atas Orang yang Dilindungi semasa tempoh berkuatkuasa sijil. Selepas tahun kedua, peserta boleh membuat pengeluaran simpanan sehingga 80% daripada jumlah simpanan terkumpul. Selepas tempoh matang (akhir tempoh sijil), peserta akan menerima simpanan tunai terkumpul dari Dana Pelaburan Peserta dan Dana Risiko Peserta. Anda boleh meningkatkan nilai perlindungan pelan HARMONI melalui penambahan Rider. Sila rujuk jadual Ciri-Ciri Takaful Harmoni untuk maklumat lebih lanjut.
Mari kita lihat contoh ilustrasi manfaat simpanan dan perlindungan untuk Cik J yang berusia 20 tahun dan menyertai pelan HARMONI dengan caruman bulanan sebanyak RM150.00 untuk tempoh 45 tahun (sehingga beliau berusia 65 tahun) pada kadar keuntungan mudharabah 4.61% setahun.
Info: Nilai & manfaat simpanan dan perlindungan berbeza bagi setiap individu bergantung kepada umur semasa penyertaan, caruman bulanan/jumlah perlindungan, pekerjaan, tempoh penyertaan dan samada terdapat pertambahan rider untuk perlindungan yang lebih komprehensif.
Ringkasan sebahagian manfaat yang diperolehi oleh Cik J melalui pelan perlindungan HARMONI beliau dapat ditunjukkan melalui gambaran di bawah.
CIRI-CIRI TAKAFUL HARMONI | |
Akad/Kontrak | Prinsip Tabarru’ dan Wakalah |
Dana | Dana Pelaburan Peserta (DPP)- Dana bahagian simpanan dan keuntungan pelaburan
Nota: Keuntungan pelaburan (bayaran insentif) dibahagi dua antara peserta (85%) dan eTiQa(15%)
|
Dana Risiko Peserta- Dana bahagian Tabarru’ (sumbangan) bagi manfaat sesama peserta
Nota: surplus dibahagi dua antara peserta (50%) dan eTiQa (50%). Surplus ini akan dimasukkan ke dalam DPP setiap akhir tahun kewangan
| |
Tempoh | Minimum 10 tahun |
Maksimum 87 tahun sehingga usia 88 tahun | |
Umur | 14 hari – 60 tahun bagi orang dilindungi |
18 tahun bagi peserta | |
Jumlah Perlindungan Minimum | RM10,000.00 |
Caruman Minimum | RM70 sebulan |
Cara Caruman | Bulanan, Suku Tahunan, Setengah Tahunan, Tahunan |
MANFAAT-MANFAAT HARMONI | |
SIMPANAN MATANG
(tempoh matang)
| SIMPANAN TERKUMPUL DPP (termasuk keuntungan) + surplus DRP (jika ada) |
SERAHAN AWAL POLISI
(sebelum tempoh matang)
| SIMPANAN TERKUMPUL DPP (termasuk keuntungan) + surplus DRP (jika ada)
Nota: Tiada caj serahan awal dikenakan
|
KEMATIAN | Pembayaran sekaligus : SIMPANAN TERKUMPUL DPP + JUMLAH PERLINDUNGAN ASAS + BELANJA PENGEBUMIAN RM1000 + Surplus DRP (jika ada) |
HILANG UPAYA MENYELURUH KEKAL- HUMK | Pembayaran sekaligus : SIMPANAN TERKUMPUL DPP + JUMLAH PERLINDUNGAN ASAS + Surplus DRP (jika ada)
Nota: sekiranya HUMK berlaku sebelum usia 65 tahun
|
PENYAKIT TERMINAL | Pembayaran sekaligus : SIMPANAN TERKUMPUL DPP + JUMLAH PERLINDUNGAN ASAS |
PENGELUARAN SEBAHAGIAN SIMPANAN DPP | Pengeluaran simpanan DPP tertakluk kepada pengeluaran minimum RM50 dan baki minimum RM50. Pengeluaran boleh dibuat setahun sekali selepas SETAHUN sijil berkuatkuasa.
Nota: Pengeluaran simpanan TIDAK MENJEJASKAN SEBARANG MANFAAT PERLINDUNGAN
|
PENGECUALIAN CUKAI PENDAPATAN | Tertakluk kepada had LHDN |
MANFAAT TAMBAHAN – RIDER
(untuk orang dilindungi)
| Takaful HARMONI boleh digandingkan dengan manfaat-manfaat tambahan dari RIDER-RIDER berikut
1. Kad Perubatan ULTRA MEDIC
2.‘Regular Topup’
3. Kematian & HUMK (akibat kemalangan)
4. Indemniti Kemalangan
5. Manfaat Tunai Hospital
6. Manfaat Penyakit Kritikal
7. ‘Level Term Rider’
8. Pengecualian Sumbangan Penyakit Kritikal
|
MANFAAT TAMBAHAN – RIDER
(untuk peserta/pembayar)
| 1. Pengecualian Sumbangan Penyakit Kritikal
2. Pengecualian Kematian & HUMK
3. Manfaat Pendapatan Keluarga
|
Lihat brosur rasmi Harmoni
No comments:
Post a Comment