Penyakit Kritikal


Berikut sa
ya senaraikan 36 jenis penyakit kritikal yang dilindungi oleh Etiqa Maybank Takaful. Mana-mana peserta yang mengambil perlindungan penyakit kritikal, akan mendapat pampasan sebagaimana dimeterai di dalam kontrak dengan takaful.

1
Penyakit Alzheimer / Gangguan Kemerosotan
Otak Organik Tidak Boleh Pulih
Keadaan dementia prasenil yang disebabkan oleh kemerosotan atau hilang keupayaan intelek seperti yang dibuktikan oleh keadaan klinikal dan soal selidik piawai yang diterima, ujian atau kelakuan abnormal bagi Penyakit Aizheimer, dan gangguan degeneratif organik tak berbalik yang mengakibatkan penurunan mental dan fungsi sosial yang ketara untuk
melakukan sendiri tiga daripada aktiviti kehidupan harian yang berikut atau lebih. Aktiviti kehidupan harian adalah:

a) Bergerak dan Mobiliti – keupayaan untuk bergerak dari satu bilik ke bilik yang bersebelahan atau dari satu tempat ke tempat lain di dalam bilik atau duduk atau bangun dari katil atau kerusi tanpa memerlukan bantuan fizikal orang lain.
b) Kontinens: keupayaan untuk mengawal fungsi pundi kencing dan usus secara terkawal untuk menjaga kebersihan diri.
c) Pakaian – memakai dan menanggalkan semua bahagian pakaian yang perlu tanpa memerlukan bantuan orang lain.
d) Tandas – masuk dan keluar dari tandas, duduk dan bangun dari mangkuk tandas dan kebersihan diri yang berkaitan.
e) Makan – melakukan semua pergerakan untuk memakan makanan yang telah disediakan.Bagi tujuan Manfaat ini perkataan “kekal” bermaksud tidak ada harapan untuk sembuh dengan pengetahuan dan teknologi perubatan semasa.Penyakit neurosis dan psikotik dikecualikan.
2
Bakteria Meningitis
Diagnosis tepat oleh pakar perunding neurologi bagi Bakteria Meningitis yang menyebabkan inflamasi membran otak atau saraf tunjang yang mengakibatkan defisit neurologi kekal.
3
Tumor Otak - Benigna
Tumor bukan kanser pada otak. Sista, granuloma, malformasi dalam, atau pada arteri atau vena otak, hematoma dan tumor pada kelenjar pituitari atau spina dikecualikan.
4
Kebutaan / Hilang Penglihatan Menyeluruh
Hilang penglihatan secara kekal dan menyeluruh pada kedua-dua belah mata sama ada penglihatannya sudah dibetulkan atau tidak dibetulkan. Bukti perubatan yang diterima bagi mengesahkan hilang penglihatan hendaklah diberikan.
5
Pembedahan otak
Sebenarnya menjalani pembedahan otak semasa anestesia am apabila kraniotomi dilakukan. Pembedahan otak dan Bur Hole akibat kemalangan tidaklah termasuk.
6
Kanser
Manifestasi tumor malignan, yang dicirikan melalui pertumbuhan dan perebakan sel malignan yang tidak terkawal dan invasi tisu. Istilah kanser termasuklah leukemia (selain leukemia limfositik kronik) dan penyakit Hodgkin. Diagnosis hendaklah disokong oleh bukti histologi bagi malignansi. Semua kanser kulit kecuali melanoma malignan, semua tumor
yang diterangkan secara histologi sebagai pramalignan atau hanya menunjukkan perubahan malignan awal, kanser-insitu, penyakit Hodgkin peringkat I dan kanser papilari pada pundi kencing dikecualikan.
7
Anaemia Aplastik Kronik
Kegagalan sumsum tulang yang didiagnosis oleh pakar hematologi sebagai aplastik yang mengakibatkan anemia, neutropenia dan trombositopenia yang memerlukan rawatan dengan salah satu yang berikut: 
a) Pemindahan produk darah 
b) Agen perangsang sumsum 
c) Agen imunosupresif
d) Pemindahan sumsum tulang
8
Koma
Keadaan tidak sedarkan diri tanpa tindak balas terhadap rangsangan luar atau keperluan dalaman yang berlaku secara berterusan, dengan penggunaan sistem sokongan hayat bagi tempoh selama sekurang-kurangnya sembilan puluh enam (96) jam dan mengakibatkan defisit neurologi kekal. Bukti defisit neurologi kekal hendaklah diserahkan mengikut kehendak kami
9
Pembedahan Pintasan Arteri Koronari
Dengan syor Pakar Perunding Kardiologi, menjalani pembedahan jantung terbuka bagi membetulkan arteri koronari yang mengecil atau tersumbat dengan graf pintasan. Bukti angiografi bagi penyakit sebenar hendaklah diberikan. Angiografi dan Pengkateteran Kardium dikecualikan.
10
Kepekakkan / Hilang Pendengaran
Menyeluruh
Hilang pendengaran secara menyeluruh dan tak berbalik pada kedua-dua belah telinga. Bukti perubatan yang diterima bagi mengesahkan hilang pendengaran hendaklah diberikan.
11
Ensefalitis
Inflamasi bahan otak yang teruk yang mengakibatkan sekuela neurologi yang ketara dan kekal seperti yang disahkan oleh Pakar Perunding Neurologi yang memuaskan persatuan/syarikat. Ensefalitis akibat jangkitan HIV dikecualikan.
12
Kegagalan Buah Pinggang Tahap Akhir
Peringkat akhir kegagalan buah pinggang disebabkan oleh walau apa jua sebab, ditunjukkan sebagai kegagalan tak berbalik kronik bagi kedua-dua buah pinggang untuk berfungsi, dan akibat daripada itu dialisis ginjal secara tetap digunakan atau pemindahan buah pinggang dijalankan.
13
Kegagalan Hati Tahap Akhir
Diagnosis penyakti hati peringkat akhir seperti yang dibuktikan oleh semua yang berikut:
a)Demam kuning yang kekal
b)Asites; dan
c)Ensefalopati
Penyakit hati sekunder yang disebabkan oleh alkohol atau salah guna dadah dikecualikan.
14
Penyakit Paru-paru Tahap Akhir
Kegagalan respiratori peringkat akhir termasuk penyakit paru- paru intersitial kronik. Kriteria berikut mestilah dipatuhi:
a) Memerlukan terapi oksigen kekal akibat hasil ujian FEV 1 yang tidak melebihi satu (1)liter. (“Forced Expiratory Volume” semasa saat pertama hembusan nafas secara paksaan); dan
b) Analisis Gas Darah Arterial dengan tekanan oksigen separa sebanyak 55mmHg atau kurang; dan
c) Dsypnoea semasa berehat.
15
Hepatitis Virus Fulminan
Diagnosis kegagalan hati yang dicirikan melalui nekrosis hati yang teruk yang disebabkan oleh virus Hepatitis Fulminan. Kriteria diagnostik berikut hendaklah dipenuhi:
a) Pengecilan saiz hati secara mendadak;
b) Nekrosis yang melibatkan keseluruhan lobul dan meninggalkan hanya rangka kerja yang merosot;
c) Fungsi hati yang merosot secara mendadak; dan
d) Demam kuning yang semakin teruk.
Walau bagaimanapun, diagnosis penyakit ini dikecualikan jika diagnosis tersebut disebabkan secara langsung atau tidak langsung oleh cubaan membunuh diri, keracunan, dadah melebihi dos dan pengambilan alkohol secara berlebihan.
16
Serangan Jantung
Kematian sebahagian daripada otot jantung (miokerdium) akibat daripada bekalan darah yang tidak mencukupi dan yang dibuktikan oleh :
a) Sejarah sakit dada tipikal yang berpanjangan; dan
b) Perubahan baru elektrokardiogeraf disebabkan oleh peristiwa ini; dan
c) Kenaikan paras enzim kardiak (CPK-MB) di atas paras yang secara amnya diterima oleh makmal sebagai tahap normal. Enzim kardiak atau biomarkers yang menunjukkan kenaikan signifikan menunjukkan peristiwa terbaru telah berlaku. Diagnosis berdasarkan ujian Troponim T sahaja tidak diambil kira sebagai diagnostik serangan jantung. Diagnosis
ischaemia dengan cara lain yang tidak disokong oleh kenaikan signifikan dalam enzim kardiak atau biomarkers akan terkecuali. Angina secara khusus tidak termasuk.
17
Pembedahan Injap Jantung
Menjalani pembedahan jantung terbuka menggantikan atau memperbaiki injap jantung yang di akibatkan oleh kecacatan atau keadaan tidak normal injap jantung yang berlaku selepas tarikh pengeluaran atau tarikh dikuatkuasakan semula Polisi dan / atau Aneksur, yang mana terkemudian.Pembaikan melalui prosedur intra-arterial, valvotomi, pembedahan lubang kunci atau teknik serupanya tidak termasuk.
18
Hilang Pertuturan
Hilang keupayaan bertutur secara menyeluruh dan tak berbalik disebabkan oleh kerosakan fizikal pada pita suara. Bukti perubatan yang diterima bagi mengesahkan hilang pertuturan hendaklah diberikan.
19
Melecur Major
Luka terbakar Darjah Ketiga meliputi sekurang-kurangnya dua puluh peratus (20%) permukaan tubuh
20
Trauma Kepala Major
Kecederaan kepala akibat kemalangan yang menyebabkan kerosakan serebrum (seperti yang ditunjukkan melalui teknik pengimbasan atau pengimejan moden dan disahkan oleh pakar perunding neurologi) yang mengakibatkan gangguan fungsian kekal dan keupayaan melakukan sekurang-kurangnya tiga daripada aktiviti kehidupan harian berikut tanpa
bantuan:
Mandi, memakai pakaian, makan, keupayaan duduk atau bangun dari katil atau kerusi dan mengawal fungsi usus atau
pundi kencing secara terkawal, sama ada dengan atau tanpa menggunakan kelengkapan mekanikal, peranti khas atau alat bantu atau alat penyesuai lain bagi orang hilang upaya.
Bagi tujuan Manfaat ini perkataan “kekal” bermaksud tidak ada harapan untuk sembuh dengan pengetahuan dan
teknologi perubatan semasa.
21
Pemindahan Organ Utama / Sumsum Tulang
Menjalani pemindahan, sebagai penerima jantung (termasuk jantung mekanikal), paru-paru, hati, pankreas atau sumsum
tulang.
22
Penyakit Sistik Medulari
23
Neuron Motor
Diagnosis tepat oleh pakar perunding neurologi bagi Penyakit Neuron Motor. Etiologi penyakit tidak diketahui dan ia dicirikan melalui kemerosotan yang progresif pada salur kortikospina dan sel tanduk luar atau neuron eferen bulba. Ini termasuk distrofi otot spina, palsi bulba progresif, sklerosis lateral amiotrofik dan sklerosis lateral primer.
24
Sklerosis Berbilang
Diagnosis tepat oleh pakar perunding neurologi bagi Sklerosis Berbilang dan disokong dengan bukti klinikal bagi lebih daripada satu defisit neurologi yang ditentukan dengan jelas, dengan tanda berterusan yang melibatkan saraf optik, pangkal otak dan saraf tunjang serta gangguan koordinasi dan fungsi motor dan penderia, yang berterusan selama
sekurang-kurangnya enam bulan.
25
Distrofi Otot
Diagnosis distrofi otot yang disahkan oleh Pakar Neurologi Perunding yang terdiri daripada kombinasi 3 daripada 4 keadaan yang berikut:
a) Sejarah ahli keluarga lain yang menghidapinya
b) Presentasi klinikal termasuk ketiadaan kekacauan deria, cecair normal serebro-spinal dan pengurangan kecil refleksi tendon
c) Karakteristik elektromiaogram
d) Pengesyakan klinikal disahkan oleh biopsi otot
26
Jangkitan Virus Kurang Daya Tahan   Penyakit
(HIV) Disebabkan Pekerjaan
Jangkitan HIV yang berpunca daripada
27
Penyakit Arteri Koronari Lain Yang Serius
Pengecilan lumen bagi sekurang-kurangnya tiga arteri koronari dengan minimum tujuh puluh lima peratus (75%). Bukti angiografi bagi penyakit sebenar hendaklah diberikan.
28
Kelumpuhan / Paraplegia
Hilang secara kekal dan menyeluruh penggunaan dua anggota badan atau lebih. Bukti perubatan yang diterima bagi mengesahkan penyakit lumpuh itu hendaklah diberikan.
29
Penyakit Parkinson
Diagnosis tepat oleh pakar perunding neurologi bagi Penyakit Parkinson Idiopatik (agitasi kelumpuhan) yang memerlukan rawatan dengan menggunakan prekursor dopamin. Semua bentuk Parkinsonisma lain dikecualikan
30
Hipertensi Arteri Pulmonari Primer
Bermakna hipertensi pulmonari primer dengan pembesaran yang banyak ventrikular kanan seperti yang ditentukan oleh penyiasatan termasuk katerterisasi kardiak, mengakibatkan kecacatan fizikal kekal tidak boleh pulih sehingga tahap sekurang- kurangnya Kelas 3 Klasifikasi Persatuan Jantung New York berkenaan kecacatan kardiak, dan mengakibatkan
Hayat yang Diasuranskan tidak dapat menjalankan pekerjaannya dengan biasa.
31
Kardiomiopathi Teruk
Kerosakan fungsi otot jantung, didiagnosis dengan jelas tanpa ragu sebagai Kardiomiopati oleh pakar kardiologi, serta mengakibatkan kerosakan fizikal kekal ke tahap sekurang-kurangnya Kelas III klasifikasi kerosakan jantung Persatuan Jantung New York. Kardiomiopathi yang berkaitan secara langsung dengan penyalahgunaan alkohol adalah terkecuali.
32
Strok
Ditakrifkan sebagai kemalangan atau kejadian serebrovaskular yang menyebabkan sekuela neurologi yang kekal, telah berterusan selama tidak kurang dari enam bulan. Infarksi tisu otak, hemorrhage dan suatu embolus yang berpunca dari ekstrakranial adalah termasuk. Diagnosis mesti berdasarkan perubahan yang dilihat didalam CT Scan atau MRI dan
disahkan oleh seorang Pakar Neurologi Perunding bertauliah.
Secara khusus dikecualikan adalah gejala cerebral akibat serangan iskemia sementara,sebarang defisit iskemia neurologikal boleh undur, sebarang serangan iskemia vertebrobasilar, tanda- tanda cerebral akibat migraine, kecederaan cerebral akibat trauma atau hypoxia dan penyakit vaskular memberi kesan kepada mata atau saraf optik atau fungsi
vestibular
33
Pembedahan Aorta
Menjalani pembedahan bagi aorta yang berpenyakit yang memerlukan eksisi dan penggantian aorta yang berpenyakit dengan graf. Aorta di sini merujuk aorta toraks dan abdomen sahaja.
34
Lupus Eritematosus Sistemik Dengan Lupus
Nefritis (SLE)
Peradangan buah pinggang (Lupus Nefritis) yang terjadi sebagai akibat dari Lupus Eritematosus Sistemik(SLE).
35
Penyakit Terminal
Keadaan yang dijangka akan menyebabkan kematian kepada orang yang dilindungi dalam masa 12 bulan. Orang yang dilindungi hendaklah tidak menerima rawatan aktif lagi selain daripada ubat penahan sakit.
36
Angioplasti Dan Rawatan Pembedahan Lain
Untuk Penyakit Arteri Koronari Utama
Prosedur untuk membuka koronari sempit atau tersumbat bagi mengembalikan aliran darah ke otot jantung dan rawatan pembedahan lain untuk penyakit koronari utama


No comments:

Post a Comment