INFO : Kita menyimpan hari ini sebagai satu bentuk jaminan untuk keselesaan kewangan keluarga di masa hadapan. Namun hidup kita terdedah dengan kepelbagaian risiko. Lantaran itu amat perlu kita mempunyai perlindungan yang dapat menjamin dan melindungi masa depan kewangan keluarga apabila berlaku sesuatu musibah . Jangan siakan masa muda kita sementara kita masih sihat tanpa memulakan sebarang perancangan kewangan masa depan. Hubungi saya untuk khidmat nasihat berkaitan pelan-pelan eTiQa Takaful.
Statistik menunjukkan kemalangan berlaku setiap *15 minit. Kita tidak mampu meramal masa depan tapi kita mampu bersedia untuk melindungi diri dan keluarga dari sebarang kemungkinan buruk dalam hidup. Prisma menjamin keperluan perlindungan anda dan keluarga.
*Sumber: Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2010
PRISMA - Perlindungan dengan jaminan dana kewangan untuk saat-saat musibah tidak terjangka
Pelan ini adalah pelan perlindungan sepenuhnya (100%) tanpa sebarang nilai simpanan tunai. PRISMA menawarkan perlindungan komprehensif yang tinggi walaupun dengan nilai caruman bulanan yang rendah (serendah RM50 sebulan). Bagi memaksimakan nilai perlindungan, kesemua caruman di dalam pelan ini diperuntukkan sepenuhnya ke dalam Dana Risiko Peserta.
CIRI-CIRI TAKAFUL PRISMA | |
Akad/Kontrak | Prinsip Tabarru’ dan Wakalah |
Dana
(100% caruman ke dalam DRP)
| Dana Risiko Peserta- Dana bahagian Tabarru’ (sumbangan) bagi manfaat sesama peserta
Nota: surplus dibahagi dua antara peserta (50%) dan eTiQa (50%)
|
Tempoh | Minimum : 10 tahun |
Umur
(Had umur sehingga 88 tahun)
| 18 tahun – 60 tahun bagi orang dilindungi |
18 tahun bagi peserta | |
Jumlah Perlindungan Minimum | RM10,000.00 |
Caruman Minimum Bulanan | RM50.00 |
Cara Caruman | Bulanan, Suku Tahunan, Setengah Tahunan, Tahunan |
MANFAAT-MANFAAT ASAS PRISMA | |
SIJIL MATANG | Surplus DRP (jika ada) |
SERAHAN AWAL SIJIL
(sebelum tempoh matang)
| Surplus DRP (jika ada)
Nota: Tiada caj serahan awal dikenakan
|
KEMATIAN | JUMLAH PERLINDUNGAN ASAS + Surplus DRP (jika ada) |
HILANG UPAYA MENYELURUH KEKAL- HUMK | Pembayaran sekaligus : JUMLAH PERLINDUNGAN ASAS + Surplus DRP (jika ada)
Nota: sekiranya HUMK berlaku sebelum usia 65 tahun
|
PERLINDUNGAN INTERIM | Tempoh perlindungan interim untuk 90 hari dari tempoh tarikh sumbangan sehingga tarikh keluar sijil |
PENGECUALIAN CUKAI PENDAPATAN | Tertakluk kepada had LHDN |
MANFAAT TAMBAHAN – RIDER | Takaful PRISMA boleh digandingkan dengan manfaat-manfaat tambahan dari RIDER-RIDER berikut
1. Kematian & Hilang Anggota Tubuh (akibat kemalangan)
2. Manfaat Tunai Hospital
3. Manfaat Penyakit Kritikal
4. Manfaat Indemniti Kemalangan
5. Pengecualian Sumbangan Akibat Penyakit Kritikal
|
Lihat brosur rasmi Prisma
No comments:
Post a Comment