Friday, 18 October 2013

Rugi sertai TAKAFUL?

Masih ada yang ragu dan tidak tahu samada mereka perlu mengambil perlindungan takaful atau tidak. Mungkin tidak faham atau merasa rugi kerana menganggap duit akan ‘burn’ sekiranya tiada kecelakaan berlaku. Persepsi ini tidak membawa apa-apa kebaikan kepada diri dan keluarga. Kita perlu peka kepada keperluan perlindungan masa hadapan keluarga kita.
Sebenarnya kita tidak rugi apa-apa apabila kita mengambil perlindungan takaful kerana manfaatnya amat besar sebagai satu bentuk jaminan perlindungan keluarga. Perlu difahami, caruman ke dalam takaful adalah berbentuk tabungan yang menjanjikan jaminan perlindungan dan dana kewangan apabila diri atau keluarga ditimpa musibah.
Sekiranya tiada apa-apa berlaku dan kita sihat walafiat sehingga tamat tempoh sijil, tabungan kita tidak akan hilang. Kita akan mendapat kembali duit simpanan kita beserta perkongsian keuntungan sekaligusmemberi nilai tambahan kepada kemampuan kewangan kita di usia persaraan iaitu sebagai tambahan kepada simpanan sedia ada yang boleh digunakan untuk keperluan lain seperti menunaikan fardhu haji, berehat dan melancong dan sebagainya.
Selain itu, selepas setahun kita sebenarnya boleh membuat pengeluaran tunai dari tabung simpanan takaful tanpa menjejaskan sedikit pun nilai perlindungan yang ada. Jadi di mana ruginya. Mungkin ada yang menganggap tidak perlu lagi kepada pelan simpanan takaful kerana sudah menyimpan di dalam ASB, Tabung Haji dan sebagainya. Perlu diingat, simpanan di dalam ASB, Tabung Haji atau amanah saham lain, tidak memiliki elemen perlindungan terhadap musibah.
Takaful menyediakan pelan simpanan yang menawarkan jaminan perlindungan terhadap musibah seperti kematian, hilang upaya, penyakit, kemalangan dan sebagainya. Tanpa perlindungan takaful, sekiranya berlaku kecelakaan yang menuntut komitmen kewangan yang besar, mahu tidak mahu kita terpaksa mengunakan duit simpanan yang ada untuk menangani situasi yang berlaku. Contohnya jika kita tiba-tiba didiagnos menghidap penyakit kritikal, dan katakan kita hanya mempunyai simpanan tunggal bersama ASB. Kita mungkin terpaksa menghabiskan segala simpanan ASB untuk menampung kos rawatan atau lebih teruk terpaksa menjual aset seperti tanah, rumah dan sebagainya sekiranya duit simpanan ASB masih tidak cukup. Apa akan jadi kepada kita dan keluarga kita apabila satu-satunya sumber simpanan atau harta kita terpaksa dihabiskan untuk menampung kos rawatan?

Berbeza situasinya jika kita memiliki perlindungan takaful, di mana pihak takaful akan menyediakan sejumlah dana kewangan bagi keperluan pembiayaan kos rawatan kita. Tanpa  perlu mengeluarkan tunai dari simpanan ASB dan sebagainya. Di sini kita lihat bagaimana takaful menjamin keperluan kewangan keluarga saat berlaku musibah. Jadi di mana ruginya. Duit simpanan kita selamat, harta benda kita selamat. Malah simpanan kita di dalam takaful tidak terusik sesen pun walaupun pihak takaful telah memberikan dana kewangan kepada kita untuk rawatan hospital. Ini adalah antara contoh kebaikan perlindungan takaful.
Tegasnya, selain menyimpan bersama amanah saham dan sebagainya, kita sebenarnya turut memerlukan satu bentuk pelan simpanan yang mempunyai elemen perlindungan sebagai satu bentuk kepelbagaian simpanan dan pelaburan bagi keperluan masa hadapan. Selain menjamin dana kewangan kita agar tidak terputus atau menyusut apabila musibah melanda. Inilah antara perkara yang ditawarkan melalui pelan-pelan takaful dari eTiQa Takaful.
Hakikatnya, sebahagian besar kita masih lagi tidak beringat. Lebih menumpukan kepada soal memenuhi keperluan/kehendak pada masa sekarang semata-mata tanpa mengambil kira keperluan masa hadapan. Amat malang apabila kita mengabaikan keperluan perlindungan diri dan keluarga.
Sebagai manfaat bersama, mari kita lihat kisah yang pernah menimpa arwah saudara Seri Bayu seperti yang dilaporkan di dalam majalah Harmoni ini sedikit masa dahulu. Penderitaan saudara saudari kita di luar sana seperti yang kerap dilaporkan di dada-dada akhbar mahupun majalah, bukanlah sekadar untuk bacaan kita semata-mata. Jadikanlah pengajaran yang terbaik untuk kita sentiasa beringat semasa kita sihat dan senang.

Sekiranya kita masih belum memiliki pelan perlindungan keluarga, berusahalah dari hari ini untuk memulakannya. Hari ini kita sihat. Esok lusa belum tentu. Malang tidak dapat dihidu. Lindungi pendapatan kita selagi kita punya waktu. Lihat pelan eTiQa Takaful.


Thursday, 17 October 2013

PRISMA+ - Perlindungan dan simpanan untuk kesinambungan keperluan keluarga anda pada saat tidak terduga

INFO : Keperluan kewangan masa hadapan adalah sesuatu yang tidak dapat kita tentukan. Selain risiko simpanan sedia ada tidak mencukupi untuk keperluan  masa hadapan, kita sendiri terdedah dengan risiko kehabisan duit simpanan apabila berlakunya sesuatu musibah yang menuntut komitmen kewangan yang tinggi. Jangan sia-siakan masa muda kita sementara kita sihat tanpa memulakan sebarang perancangan perlindungan kewangan untuk masa hadapan. Hubungi saya untuk khidmat nasihat berkaitan pelan-pelan eTiQa Takaful.

Statistik menunjukkan seorang individu cedera akibat kemalangan setiap 15 minit*; 189 pekerja** mendapat kecederaan setiap hari ketika melakukan kerja dan 19 orang*** dimasukkan ke hospital setiap 1 jam kerana kecederaan kemalangan. Anything can happen. That is why it is crucial to secure your family’s financial future now.
Sumber:
*Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2010
**National Institure of Occupational Safety and Health: Occupational Safety and Health System and Programme in Malaysia 2005
***Renovatio Medical Card and Healthcare Services:Accident Stats in Malaysia 2010


PRISMA +- Perlindungan dan simpanan untuk kesinambungan keperluan keluarga anda pada saat tidak terduga

PRISMA+ adalah variasi dari pelan PRISMA yang menawarkan manfaat simpanan. Manfaat perlindungan masih lagi menjadi keutamaan di dalam PRISMA+ di mana sebahagian besar caruman adalah ke dalam Dana Risiko Peserta. Dengan caruman bulanan serendah RM50, anda mendapat dana simpanan bagi menampung keperluan kewangan keluarga di samping jaminan perlindungan apabila berlaku musibah. Pelbagai perkara boleh terjadi, kerana itu amat penting anda mendapatkan jaminan perlindungan kewangan masa hadapan keluarga anda. Di dalam Pelan PRISMA+, Jumlah Perlindungan Asas (Sum Covered) dibayar sekiranya berlaku Kematian atau Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal ke atas Orang yang Dilindungi semasa tempoh berkuatkuasa sijil. Selepas tempoh matang (akhir tempoh sijil), peserta akan menerima simpanan tunai terkumpul dari Dana Pelaburan Peserta dan surplus Dana Risiko Peserta.
CIRI-CIRI TAKAFUL PRISMA+
Akad/KontrakPrinsip Tabarru’ dan Wakalah
DanaDana Pelaburan Peserta (DPP)- Dana bahagian simpanan dan keuntungan pelaburan
Nota: Keuntungan pelaburan (bayaran insentif) dibahagi dua antara peserta (85%) dan eTiQa(15%)
Dana Risiko Peserta- Dana bahagian Tabarru’ (sumbangan) bagi manfaat sesama    peserta
Nota: surplus dibahagi dua antara peserta (50%) dan eTiQa (50%). Surplus ini akan dimasukkan ke dalam DPP setiap akhir tahun kewangan
TempohMinimum : 10 tahun
Maksimum : 70 tahun (maksimum umur 88 tahun)
Umur18 tahun – 60 tahun bagi orang dilindungi
18 tahun – 60 tahun bagi peserta
Jumlah Perlindungan MinimumRM10,000.00
Caruman Minimum BulananRM50.00
Cara CarumanBulanan, Suku Tahunan, Setengah Tahunan, Tahunan
MANFAAT-MANFAAT ASAS PRISMA+
SIMPANAN MATANG
(tempoh matang)
SIMPANAN TERKUMPUL DPP (termasuk keuntungan) + surplus DRP (jika ada)
SERAHAN AWAL POLISI
(sebelum tempoh matang)
SIMPANAN TERKUMPUL DPP (termasuk keuntungan) + surplus DRP (jika ada)
Nota: Tiada caj serahan awal dikenakan
KEMATIANPembayaran sekaligus : SIMPANAN TERKUMPUL DPP + JUMLAH PERLINDUNGAN ASAS + BELANJA PENGEBUMIAN RM1000 +  Surplus DRP (jika ada)
HILANG UPAYA MENYELURUH KEKAL- HUMKPembayaran sekaligus : SIMPANAN TERKUMPUL DPP + JUMLAH PERLINDUNGAN ASAS  + Surplus DRP (jika ada)
Nota: sekiranya HUMK berlaku sebelum usia 65 tahun
PERLINDUNGAN INTERIMTempoh perlindungan interim untuk 90 hari dari tempoh tarikh sumbangan sehingga tarikh keluar sijil
PENGECUALIAN CUKAI PENDAPATANTertakluk kepada had LHDN
MANFAAT TAMBAHAN – RIDERTakaful PRISMA+ boleh digandingkan dengan manfaat-manfaat tambahan dari RIDER-RIDER berikut
1. Kematian & Hilang Anggota Tubuh (akibat kemalangan)
2. Manfaat Tunai Hospital
3. Manfaat Penyakit Kritikal
4. ‘Level Term Rider’ – Manfaaat tambahan KEMATIAN/HUMK
5. Pengecualian Sumbangan Akibat Penyakit Kritikal
6. Medic Save
7. Manfaat Pampasan Kemalangan
Lihat brosur PRISMA+

PRISMA - Perlindungan dengan jaminan dana kewangan untuk saat-saat musibah tidak terjangka

INFO : Kita menyimpan hari ini sebagai satu bentuk jaminan untuk keselesaan kewangan keluarga di masa hadapan. Namun hidup kita terdedah dengan kepelbagaian risiko. Lantaran itu amat perlu kita mempunyai perlindungan yang dapat menjamin dan melindungi masa depan kewangan keluarga  apabila berlaku sesuatu musibah . Jangan siakan masa muda kita sementara kita masih sihat tanpa memulakan sebarang perancangan  kewangan masa depan. Hubungi saya untuk khidmat nasihat berkaitan pelan-pelan eTiQa Takaful.

Statistik menunjukkan kemalangan berlaku setiap *15 minit. Kita tidak mampu meramal masa depan tapi kita mampu bersedia untuk melindungi diri dan keluarga dari sebarang kemungkinan buruk dalam hidup. Prisma menjamin keperluan perlindungan anda dan keluarga.
*Sumber: Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2010


PRISMA - Perlindungan dengan jaminan dana kewangan untuk saat-saat musibah tidak terjangka

Pelan ini adalah pelan perlindungan sepenuhnya (100%) tanpa sebarang nilai simpanan tunai. PRISMA menawarkan perlindungan komprehensif yang tinggi walaupun dengan nilai caruman bulanan yang rendah (serendah RM50 sebulan). Bagi memaksimakan nilai perlindungan, kesemua caruman di dalam pelan ini diperuntukkan sepenuhnya ke dalam Dana Risiko Peserta.
CIRI-CIRI TAKAFUL PRISMA
Akad/KontrakPrinsip Tabarru’ dan Wakalah
Dana
(100% caruman ke dalam DRP)
Dana Risiko Peserta- Dana bahagian Tabarru’ (sumbangan) bagi manfaat sesama   peserta
Nota: surplus dibahagi dua antara peserta (50%) dan eTiQa (50%)
TempohMinimum : 10 tahun
Umur 
(Had umur sehingga 88 tahun)
18 tahun – 60 tahun bagi orang dilindungi
18 tahun bagi peserta
Jumlah Perlindungan MinimumRM10,000.00
Caruman Minimum BulananRM50.00
Cara CarumanBulanan, Suku Tahunan, Setengah Tahunan, Tahunan
MANFAAT-MANFAAT ASAS PRISMA
SIJIL MATANGSurplus DRP (jika ada)
SERAHAN AWAL SIJIL
(sebelum tempoh matang)
Surplus DRP (jika ada)
Nota: Tiada caj serahan awal dikenakan
KEMATIANJUMLAH PERLINDUNGAN ASAS + Surplus DRP (jika ada)
HILANG UPAYA MENYELURUH KEKAL- HUMKPembayaran sekaligus : JUMLAH PERLINDUNGAN ASAS  + Surplus DRP (jika ada)
Nota: sekiranya HUMK berlaku sebelum usia 65 tahun
PERLINDUNGAN INTERIMTempoh perlindungan interim untuk 90 hari dari tempoh tarikh sumbangan sehingga tarikh keluar sijil
PENGECUALIAN CUKAI PENDAPATANTertakluk kepada had LHDN
MANFAAT TAMBAHAN – RIDERTakaful PRISMA boleh digandingkan dengan manfaat-manfaat tambahan dari RIDER-RIDER berikut
1. Kematian & Hilang Anggota Tubuh (akibat kemalangan)
2. Manfaat Tunai Hospital
3. Manfaat Penyakit Kritikal
4. Manfaat Indemniti Kemalangan
5. Pengecualian Sumbangan Akibat Penyakit Kritikal
Lihat brosur rasmi Prisma

INTELEK - Simpanan Yang Melindungi Keperluan Pendidikan Anak-anak Anda.

INFO : Keperluan pendidikan anak-anak bermula sejak dari usia kecil. Keperluan pendidikan mereka bergantung kepada kemampuan anda dalam merangka dana simpanan terbaik bagi keperluan pendidikan mereka sehingga ke peringkat tertinggi. Tanpa perancangan kewangan yang baik, anda mendedahkan anak-anak anda kepada keciciran sekiranya sesuatu berlaku kepada anda sebagai sumber pendapatan keluarga. Peningkatan kos pendidikan pada kadar 3%-7% setahun memerlukan pelan simpanan pendidikan komprehensif yang turut memberikan perlindungan terhadap musibah. Inilah yang ditawarkan oleh Pelan INTELEK dari eTiQa. Hubungi saya untuk khidmat nasihat berkaitan pelan-pelan eTiQa Takaful.



Kos pendidikan semakin meningkat. Dalam masa 10 tahun pengajian 4 tahun di university mencecah sehingga RM72,000.00*, RM 250,000.00 di Australia atau RM400,000.00 di UK**. Sekiranya berlaku kejadian tidak diingini kepada anda, anak-anak anda mungkin tidak berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.
Sumber:
*Study in Malaysia Handbook (International Edition)
**Ministry of Higher Education 2009




INTELEK  - Simpanan Yang Melindungi Keperluan Pendidikan Anak-anak Anda.

Pelan simpanan pendidikan yang praktikal apabila penyertaan bermula seawal dari usia anak-anak anda di bawah linkungan umur 5 tahun ke bawah. Satu jaminan kewangan untuk anak-anak melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi suatu masa kelak. Di dalam Pelan INTELEK, Jumlah Perlindungan Asas (Sum Covered) dibayar sekiranya berlaku Kematian atau Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal ke atas Orang yang Dilindungi (anak) semasa tempoh berkuatkuasa sijil. Selepas tempoh matang (akhir tempoh sijil), anda akan menerima simpanan tunai terkumpul dari Dana Pelaburan Peserta dan surplus Dana Risiko Peserta. INTELEK menyediakan dana kewangan bagi keperluan pendidikan anak-anak anak selain menyediakan perlindungan kepada anda sebagai pencarum di mana caruman bulanan anda seterusnya akan dibayar oleh pihak eTiQa sekiranya anda sebagai pencarum meninggal, disahkan menghidap penyakit kritikal atau mengalami hilang upaya kekal menyeluruh. Ringkasnya INTELEK adalah pelan simpanan yang menawarkan jaminan pendidikan dan pada masa sama perlindungan untuk anda dan anak-anak.
Untuk memahami contoh manfaat Takaful Intelek, sila rujuk ilustrasi di bawah. Ilustrasi ini adalah untuk Encik M (berusia 37 tahun) yang menyertai pelan INTELEK untuk anak perempuan beliau yang berusia 3 tahun dengan caruman bulanan sebanyak RM150 untuk tempoh 15 tahun.
Info: Nilai manfaat simpanan dan perlindungan berbeza bagi setiap individu bergantung kepada umur semasa penyertaan, caruman bulanan, pekerjaan, tempoh penyertaan dan samada terdapat pertambahan rider untuk perlindungan yang lebih komprehensif.



CIRI-CIRI TAKAFUL INTELEK
Akad/KontrakPrinsip Tabarru’ dan Wakalah
DanaDana Pelaburan Peserta (DPP)- Dana bahagian simpanan dan keuntungan pelaburan
Nota: Keuntungan pelaburan (bayaran insentif) dibahagi dua antara peserta (85%) dan eTiQa(15%)
Dana Risiko Peserta- Dana bahagian Tabarru’ (sumbangan) bagi manfaat sesama peserta
Nota: surplus dibahagi dua antara peserta (50%) dan eTiQa (50%). Surplus ini akan dimasukkan ke dalam DPP setiap akhir tahun kewangan
TempohMinimum : 10 tahun
Maksimum : 24 tahun (maksimum umur 25 tahun)
Umur14 hari – 15 tahun bagi orang dilindungi
18 tahun – 60 tahun bagi peserta
Jumlah Perlindungan MinimumRM10,000.00
Caruman Minimum BulananRM70.00
Cara CarumanBulanan, Suku Tahunan, Setengah Tahunan, Tahunan
MANFAAT-MANFAAT ASAS INTELEK
SIMPANAN PENDIDIKAN
(tempoh matang)
SIMPANAN TERKUMPUL DPP (termasuk keuntungan) + surplus DRP (jika ada)
SERAHAN AWAL POLISI
(sebelum tempoh matang)
SIMPANAN TERKUMPUL DPP (termasuk keuntungan) + surplus DRP (jika ada)
Nota: Tiada caj serahan awal dikenakan
KEMATIANPembayaran sekaligus : SIMPANAN TERKUMPUL DPP + JUMLAH PERLINDUNGAN ASAS + BELANJA PENGEBUMIAN RM1000 +  Surplus DRP (jika ada)
HILANG UPAYA MENYELURUH KEKAL- HUMKPembayaran sekaligus : SIMPANAN TERKUMPUL DPP + JUMLAH PERLINDUNGAN ASAS  + Surplus DRP (jika ada)
Nota: sekiranya HUMK berlaku sebelum usia 65 tahun
PERLINDUNGAN INTERIMTempoh perlindungan interim untuk 90 hari dari tempoh tarikh sumbangan sehingga tarikh keluar sijil
PENGECUALIAN CUKAI PENDAPATANTertakluk kepada had LHDN
MANFAAT TAMBAHAN – RIDER
(untuk orang dilindungi)
Takaful INTELEK boleh digandingkan dengan manfaat-manfaat tambahan dari RIDER-RIDER berikut
1. ‘Regular Topup’
2. Kematian & Hilang Anggota Tubuh (akibat kemalangan)
3. Manfaat Tunai Hospital
4. Manfaat Penyakit Kritikal
5. ‘Level Term Rider’ – Manfaaat tambahan KEMATIAN/HUMK
MANFAAT TAMBAHAN – RIDER
(untuk peserta/pembayar)
6. Pengecualian Sumbangan Akibat Penyakit Kritikal
7. Pengecualian Sumbangan Akibat Kematian/Hilang Upaya
8. ‘Level Term Rider’ – Manfaaat tambahan KEMATIAN/HUMK
9. Manfaat Pendapatan Keluarga

ANUGERAH INTELEK – Kecemerlangan Akademik

Sekiranya sijil anda telah berkuatkuasa sekurang-kurangnya SETAHUN sebelum tarikh anak anda menduduki peperiksaan PMR, SPM atau STPM, eTiQa Takaful akan memberikan anugerah kecemerlangan akademik seperti dalam jadual berikut.


 Lihat brosur INTELEK.

KARISMA - Perlindungan dan simpanan bagi jaminan kebahagiaan berterusan untuk masa hadapan

INFO: Tanpa pelan simpanan yang baik, kita mungkin bersara miskin. Kita tidak mahu terpaksa kembali berhempas pulas menyara keluarga setelah memasuki usia persaraan. Usia persaraan adalah adalah masa terbaik untuk kita meluangkan masa berkualiti bersama keluarga tanpa runsingkan soal kewangan untuk kesinambungan hidup. Jangan sia-siakan masa muda kita semasa kita sihat tanpa memulakan sebarang pelan simpanan untuk masa depan. Hubungi saya untuk khidmat nasihat berkaitan pelan-pelan eTiQa Takaful.

“Malaysians are not saving enough and they are not prepared to face a financial meltdown should they lose their job or be retrenched. According to the latest findings from Citi’s Financial Quotient (Fin-Q) 2008 survey, 12% of the Malaysians said they do not save anything at all. In the event of a job loss but with continued regular expenses, one-in-five indicated their savings would last for only four weeks. On average, Malaysians reported having 11 weeks of savings in reserve.” - Source: The Star, 19 February 2009.



KARISMA  - Perlindungan dan simpanan bagi jaminan kebahagiaan berterusan untuk masa hadapan

Pelan ini menyediakan perlindungan apabila berlaku Kematian atau Hilang Upaya Kekal Menyeluruh. Selain itu, pelan Karisma menawarkan ganjaran tunai/manfaat hidup setiap 2 tahun sekali sepanjang tempoh sijil berkuatkuasa. Apabila tiba tempoh matang sijil, peserta akan menerima SIMPANAN TUNAI dari Dana Pelaburan Peserta dan surplus dari Dana Risiko Peserta. Manfaat dan nilai perlindungan pelan Karisma boleh ditambah melalui Rider. Sila rujuk jadual Ciri-Ciri Takaful Karisma untuk maklumat lebih lanjut.
CIRI-CIRI TAKAFUL KARISMA
Akad/KontrakPrinsip Tabarru’ dan Wakalah
DanaDana Pelaburan Peserta (DPP)- Dana bahagian simpanan dan keuntungan pelaburanNota: Keuntungan pelaburan (bayaran insentif) dibahagi dua antara peserta (90%) dan eTiQa(10%)
Dana Risiko Peserta- Dana bahagian Tabarru’ (sumbangan) bagi manfaat sesama pesertaNota: surplus dibahagi dua antara peserta (50%) dan eTiQa (50%). Surplus ini akan dimasukkan ke dalam DPP setiap akhir tahun kewangan
Tempoh20 tahun
30 tahun
Umur14 hari – 60 tahun bagi orang dilindungi
19 tahun bagi peserta
Jumlah Perlindungan MinimumRM12,500.00
Cara CarumanBulanan, Suku Tahunan, Setengah Tahunan, Tahunan
MANFAAT-MANFAAT ASAS KARISMA
PULANGAN TUNAI(tempoh matang)SIMPANAN TERKUMPUL DPP (termasuk keuntungan) + surplus DRP (jika ada) + BAYARAN TUNAI/MANFAAT HIDUP DRP
SERAHAN AWAL POLISI(sebelum tempoh matang)SIMPANAN TERKUMPUL DPP (termasuk keuntungan) + surplus DRP (jika ada) + NILAI SERAHAN DRPNota: Tiada caj serahan awal dikenakan
BAYARAN TUNAI / MANFAAT HIDUP(setiap 2 tahun)Bayaran tunai adalah peratusan dari Jumlah Perlindungan Asas (tidak termasuk sumbangan rider) berdasarkan tempoh pegangan sijil seperti di bawahTEMPOH SIJIL               % dari JUMLAH PERLINDUNGAN ASAS
2-10 tahun                    5%
12-20 tahun                  7.5%
22-30 tahun                  10%
KEMATIANPembayaran sekaligus : SIMPANAN TERKUMPUL DPP + JUMLAH PERLINDUNGAN ASAS + BELANJA PENGEBUMIAN RM1000 +  Surplus DRP (jika ada)
HILANG UPAYA MENYELURUH KEKAL- HUMKPembayaran sekaligus : SIMPANAN TERKUMPUL DPP + JUMLAH PERLINDUNGAN ASAS  + Surplus DRP (jika ada)Nota: sekiranya HUMK berlaku sebelum usia 65 tahun
PERLINDUNGAN INTERIMTempoh perlindungan interim untuk 90 hari dari tempoh tarikh sumbangan sehingga tarikh keluar sijil
PENGECUALIAN CUKAI PENDAPATANTertakluk kepada had LHDN
MANFAAT TAMBAHAN – RIDER(untuk orang dilindungi)Takaful KARISMA boleh digandingkan dengan manfaat-manfaat tambahan dari RIDER-RIDER berikut1. ‘Regular Topup’
2. Kematian & Hilang Upaya Menyeluruh Kekal (Kemalangan)
3. Indemniti Kemalangan
4. Manfaat Tunai Hospital
5. ‘Medic Save’
6. Bertempoh
7. Penyakit Kritikal
8. Pengecualian Sumbangan untuk Penyakit Kritikal
MANFAAT TAMBAHAN – RIDER(untuk peserta/pembayar)1. Bertempoh
2. Manfaat Pendapatan Keluarga
3. Pengecualian Sumbangan Penyakit Kritikal
4. Pengecualian Kematian & Hilang Upaya Menyeluruh Kekal
Untuk pemahaman lebih jelas contoh manfaat KARISMA, lihat ilustrasi pelan KARISMA Puan Z (Guru berusia 25 tahun) di bawah. Sehingga sijil mencapai tempoh matang, selain manfaat perlindungan dan simpanan, Puan Z akan mendapat ganjaran tunai SETIAP 2 TAHUN sebagaimana ditunjukkan di dalam rajah Pulangan Tunai di bawah.
Info: Nilai & manfaat simpanan dan perlindungan berbeza bagi setiap individu bergantung kepada umur semasa penyertaan, caruman bulanan/jumlah perlindungan, pekerjaan, tempoh penyertaan dan samada terdapat pertambahan rider untuk perlindungan yang lebih komprehensif.





Perhatikan nilai tambahan simpanan yang diperolehi melalui Pelan Karisma dari contoh pengiraan di bawah


Lihat brosur rasmi KARISMA