Thursday, 17 October 2013

INTELEK - Simpanan Yang Melindungi Keperluan Pendidikan Anak-anak Anda.

INFO : Keperluan pendidikan anak-anak bermula sejak dari usia kecil. Keperluan pendidikan mereka bergantung kepada kemampuan anda dalam merangka dana simpanan terbaik bagi keperluan pendidikan mereka sehingga ke peringkat tertinggi. Tanpa perancangan kewangan yang baik, anda mendedahkan anak-anak anda kepada keciciran sekiranya sesuatu berlaku kepada anda sebagai sumber pendapatan keluarga. Peningkatan kos pendidikan pada kadar 3%-7% setahun memerlukan pelan simpanan pendidikan komprehensif yang turut memberikan perlindungan terhadap musibah. Inilah yang ditawarkan oleh Pelan INTELEK dari eTiQa. Hubungi saya untuk khidmat nasihat berkaitan pelan-pelan eTiQa Takaful.



Kos pendidikan semakin meningkat. Dalam masa 10 tahun pengajian 4 tahun di university mencecah sehingga RM72,000.00*, RM 250,000.00 di Australia atau RM400,000.00 di UK**. Sekiranya berlaku kejadian tidak diingini kepada anda, anak-anak anda mungkin tidak berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.
Sumber:
*Study in Malaysia Handbook (International Edition)
**Ministry of Higher Education 2009




INTELEK  - Simpanan Yang Melindungi Keperluan Pendidikan Anak-anak Anda.

Pelan simpanan pendidikan yang praktikal apabila penyertaan bermula seawal dari usia anak-anak anda di bawah linkungan umur 5 tahun ke bawah. Satu jaminan kewangan untuk anak-anak melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi suatu masa kelak. Di dalam Pelan INTELEK, Jumlah Perlindungan Asas (Sum Covered) dibayar sekiranya berlaku Kematian atau Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal ke atas Orang yang Dilindungi (anak) semasa tempoh berkuatkuasa sijil. Selepas tempoh matang (akhir tempoh sijil), anda akan menerima simpanan tunai terkumpul dari Dana Pelaburan Peserta dan surplus Dana Risiko Peserta. INTELEK menyediakan dana kewangan bagi keperluan pendidikan anak-anak anak selain menyediakan perlindungan kepada anda sebagai pencarum di mana caruman bulanan anda seterusnya akan dibayar oleh pihak eTiQa sekiranya anda sebagai pencarum meninggal, disahkan menghidap penyakit kritikal atau mengalami hilang upaya kekal menyeluruh. Ringkasnya INTELEK adalah pelan simpanan yang menawarkan jaminan pendidikan dan pada masa sama perlindungan untuk anda dan anak-anak.
Untuk memahami contoh manfaat Takaful Intelek, sila rujuk ilustrasi di bawah. Ilustrasi ini adalah untuk Encik M (berusia 37 tahun) yang menyertai pelan INTELEK untuk anak perempuan beliau yang berusia 3 tahun dengan caruman bulanan sebanyak RM150 untuk tempoh 15 tahun.
Info: Nilai manfaat simpanan dan perlindungan berbeza bagi setiap individu bergantung kepada umur semasa penyertaan, caruman bulanan, pekerjaan, tempoh penyertaan dan samada terdapat pertambahan rider untuk perlindungan yang lebih komprehensif.



CIRI-CIRI TAKAFUL INTELEK
Akad/KontrakPrinsip Tabarru’ dan Wakalah
DanaDana Pelaburan Peserta (DPP)- Dana bahagian simpanan dan keuntungan pelaburan
Nota: Keuntungan pelaburan (bayaran insentif) dibahagi dua antara peserta (85%) dan eTiQa(15%)
Dana Risiko Peserta- Dana bahagian Tabarru’ (sumbangan) bagi manfaat sesama peserta
Nota: surplus dibahagi dua antara peserta (50%) dan eTiQa (50%). Surplus ini akan dimasukkan ke dalam DPP setiap akhir tahun kewangan
TempohMinimum : 10 tahun
Maksimum : 24 tahun (maksimum umur 25 tahun)
Umur14 hari – 15 tahun bagi orang dilindungi
18 tahun – 60 tahun bagi peserta
Jumlah Perlindungan MinimumRM10,000.00
Caruman Minimum BulananRM70.00
Cara CarumanBulanan, Suku Tahunan, Setengah Tahunan, Tahunan
MANFAAT-MANFAAT ASAS INTELEK
SIMPANAN PENDIDIKAN
(tempoh matang)
SIMPANAN TERKUMPUL DPP (termasuk keuntungan) + surplus DRP (jika ada)
SERAHAN AWAL POLISI
(sebelum tempoh matang)
SIMPANAN TERKUMPUL DPP (termasuk keuntungan) + surplus DRP (jika ada)
Nota: Tiada caj serahan awal dikenakan
KEMATIANPembayaran sekaligus : SIMPANAN TERKUMPUL DPP + JUMLAH PERLINDUNGAN ASAS + BELANJA PENGEBUMIAN RM1000 +  Surplus DRP (jika ada)
HILANG UPAYA MENYELURUH KEKAL- HUMKPembayaran sekaligus : SIMPANAN TERKUMPUL DPP + JUMLAH PERLINDUNGAN ASAS  + Surplus DRP (jika ada)
Nota: sekiranya HUMK berlaku sebelum usia 65 tahun
PERLINDUNGAN INTERIMTempoh perlindungan interim untuk 90 hari dari tempoh tarikh sumbangan sehingga tarikh keluar sijil
PENGECUALIAN CUKAI PENDAPATANTertakluk kepada had LHDN
MANFAAT TAMBAHAN – RIDER
(untuk orang dilindungi)
Takaful INTELEK boleh digandingkan dengan manfaat-manfaat tambahan dari RIDER-RIDER berikut
1. ‘Regular Topup’
2. Kematian & Hilang Anggota Tubuh (akibat kemalangan)
3. Manfaat Tunai Hospital
4. Manfaat Penyakit Kritikal
5. ‘Level Term Rider’ – Manfaaat tambahan KEMATIAN/HUMK
MANFAAT TAMBAHAN – RIDER
(untuk peserta/pembayar)
6. Pengecualian Sumbangan Akibat Penyakit Kritikal
7. Pengecualian Sumbangan Akibat Kematian/Hilang Upaya
8. ‘Level Term Rider’ – Manfaaat tambahan KEMATIAN/HUMK
9. Manfaat Pendapatan Keluarga

ANUGERAH INTELEK – Kecemerlangan Akademik

Sekiranya sijil anda telah berkuatkuasa sekurang-kurangnya SETAHUN sebelum tarikh anak anda menduduki peperiksaan PMR, SPM atau STPM, eTiQa Takaful akan memberikan anugerah kecemerlangan akademik seperti dalam jadual berikut.


 Lihat brosur INTELEK.

No comments:

Post a Comment