Berikut saya senaraikan 36 jenis penyakit kritikal yang dilindungi oleh Etiqa Maybank Takaful. Mana-mana peserta yang mengambil perlindungan penyakit kritikal, akan mendapat pampasan sebagaimana dimeterai di dalam kontrak dengan takaful.
1
|
Penyakit
Alzheimer / Gangguan Kemerosotan
Otak
Organik Tidak Boleh Pulih
|
Keadaan
dementia prasenil yang disebabkan oleh kemerosotan atau hilang keupayaan
intelek seperti yang dibuktikan oleh keadaan klinikal dan soal selidik piawai
yang diterima, ujian atau kelakuan abnormal bagi Penyakit Aizheimer, dan
gangguan degeneratif organik tak berbalik yang mengakibatkan penurunan mental
dan fungsi sosial yang ketara untuk
melakukan
sendiri tiga daripada aktiviti kehidupan harian yang berikut atau lebih.
Aktiviti kehidupan harian adalah:
a)
Bergerak dan Mobiliti – keupayaan untuk bergerak dari satu bilik ke bilik
yang bersebelahan atau dari satu tempat ke tempat lain di dalam bilik atau
duduk atau bangun dari katil atau kerusi tanpa memerlukan bantuan fizikal orang
lain.
b)
Kontinens: keupayaan untuk mengawal fungsi pundi kencing dan usus secara
terkawal untuk menjaga kebersihan diri.
c)
Pakaian – memakai dan menanggalkan semua bahagian pakaian yang perlu tanpa
memerlukan bantuan orang lain.
d)
Tandas – masuk dan keluar dari tandas, duduk dan bangun dari mangkuk tandas
dan kebersihan diri yang berkaitan.
e)
Makan – melakukan semua pergerakan untuk memakan makanan yang telah
disediakan.Bagi tujuan Manfaat ini perkataan “kekal” bermaksud tidak ada
harapan untuk sembuh dengan pengetahuan dan teknologi perubatan
semasa.Penyakit neurosis dan psikotik dikecualikan.
|
2
|
Bakteria
Meningitis
|
Diagnosis
tepat oleh pakar perunding neurologi bagi Bakteria Meningitis yang
menyebabkan inflamasi membran otak atau saraf tunjang yang mengakibatkan
defisit neurologi kekal.
|
3
|
Tumor
Otak - Benigna
|
Tumor
bukan kanser pada otak. Sista, granuloma, malformasi dalam, atau pada arteri
atau vena otak, hematoma dan tumor pada kelenjar pituitari atau spina
dikecualikan.
|
4
|
Kebutaan
/ Hilang Penglihatan Menyeluruh
|
Hilang
penglihatan secara kekal dan menyeluruh pada kedua-dua belah mata sama ada
penglihatannya sudah dibetulkan atau tidak dibetulkan. Bukti perubatan yang
diterima bagi mengesahkan hilang penglihatan hendaklah diberikan.
|
5
|
Pembedahan
otak
|
Sebenarnya
menjalani pembedahan otak semasa anestesia am apabila kraniotomi dilakukan.
Pembedahan otak dan Bur Hole akibat kemalangan tidaklah termasuk.
|
6
|
Kanser
|
Manifestasi
tumor malignan, yang dicirikan melalui pertumbuhan dan perebakan sel malignan
yang tidak terkawal dan invasi tisu. Istilah kanser termasuklah leukemia
(selain leukemia limfositik kronik) dan penyakit Hodgkin. Diagnosis hendaklah
disokong oleh bukti histologi bagi malignansi. Semua kanser kulit kecuali
melanoma malignan, semua tumor
yang
diterangkan secara histologi sebagai pramalignan atau hanya menunjukkan
perubahan malignan awal, kanser-insitu, penyakit Hodgkin peringkat I dan
kanser papilari pada pundi kencing dikecualikan.
|
7
|
Anaemia
Aplastik Kronik
|
Kegagalan
sumsum tulang yang didiagnosis oleh pakar hematologi sebagai aplastik yang
mengakibatkan anemia, neutropenia dan trombositopenia yang memerlukan rawatan
dengan salah satu yang berikut:
a)
Pemindahan produk darah
b) Agen
perangsang sumsum
c) Agen
imunosupresif
d)
Pemindahan sumsum tulang
|
8
|
Koma
|
Keadaan
tidak sedarkan diri tanpa tindak balas terhadap rangsangan luar atau
keperluan dalaman yang berlaku secara berterusan, dengan penggunaan sistem
sokongan hayat bagi tempoh selama sekurang-kurangnya sembilan puluh enam (96)
jam dan mengakibatkan defisit neurologi kekal. Bukti defisit neurologi kekal
hendaklah diserahkan mengikut kehendak kami
|
9
|
Pembedahan
Pintasan Arteri Koronari
|
Dengan
syor Pakar Perunding Kardiologi, menjalani pembedahan jantung terbuka bagi
membetulkan arteri koronari yang mengecil atau tersumbat dengan graf
pintasan. Bukti angiografi bagi penyakit sebenar hendaklah diberikan.
Angiografi dan Pengkateteran Kardium dikecualikan.
|
10
|
Kepekakkan
/ Hilang Pendengaran
Menyeluruh
|
Hilang
pendengaran secara menyeluruh dan tak berbalik pada kedua-dua belah telinga.
Bukti perubatan yang diterima bagi mengesahkan hilang pendengaran hendaklah
diberikan.
|
11
|
Ensefalitis
|
Inflamasi
bahan otak yang teruk yang mengakibatkan sekuela neurologi yang ketara dan
kekal seperti yang disahkan oleh Pakar Perunding Neurologi yang memuaskan
persatuan/syarikat. Ensefalitis akibat jangkitan HIV dikecualikan.
|
12
|
Kegagalan
Buah Pinggang Tahap Akhir
|
Peringkat
akhir kegagalan buah pinggang disebabkan oleh walau apa jua sebab,
ditunjukkan sebagai kegagalan tak berbalik kronik bagi kedua-dua buah
pinggang untuk berfungsi, dan akibat daripada itu dialisis ginjal secara
tetap digunakan atau pemindahan buah pinggang dijalankan.
|
13
|
Kegagalan
Hati Tahap Akhir
|
Diagnosis
penyakti hati peringkat akhir seperti yang dibuktikan oleh semua yang
berikut:
a)Demam
kuning yang kekal
b)Asites;
dan
c)Ensefalopati
Penyakit
hati sekunder yang disebabkan oleh alkohol atau salah guna dadah
dikecualikan.
|
14
|
Penyakit
Paru-paru Tahap Akhir
|
Kegagalan
respiratori peringkat akhir termasuk penyakit paru- paru intersitial kronik.
Kriteria berikut mestilah dipatuhi:
a) Memerlukan
terapi oksigen kekal akibat hasil ujian FEV 1 yang tidak melebihi satu
(1)liter. (“Forced Expiratory Volume” semasa saat pertama hembusan nafas
secara paksaan); dan
b)
Analisis Gas Darah Arterial dengan tekanan oksigen separa sebanyak 55mmHg
atau kurang; dan
c)
Dsypnoea semasa berehat.
|
15
|
Hepatitis
Virus Fulminan
|
Diagnosis
kegagalan hati yang dicirikan melalui nekrosis hati yang teruk yang
disebabkan oleh virus Hepatitis Fulminan. Kriteria diagnostik berikut
hendaklah dipenuhi:
a)
Pengecilan saiz hati secara mendadak;
b)
Nekrosis yang melibatkan keseluruhan lobul dan meninggalkan hanya rangka
kerja yang merosot;
c)
Fungsi hati yang merosot secara mendadak; dan
d)
Demam kuning yang semakin teruk.
Walau
bagaimanapun, diagnosis penyakit ini dikecualikan jika diagnosis tersebut
disebabkan secara langsung atau tidak langsung oleh cubaan membunuh diri,
keracunan, dadah melebihi dos dan pengambilan alkohol secara berlebihan.
|
16
|
Serangan
Jantung
|
Kematian
sebahagian daripada otot jantung (miokerdium) akibat daripada bekalan darah
yang tidak mencukupi dan yang dibuktikan oleh :
a)
Sejarah sakit dada tipikal yang berpanjangan; dan
b)
Perubahan baru elektrokardiogeraf disebabkan oleh peristiwa ini; dan
c)
Kenaikan paras enzim kardiak (CPK-MB) di atas paras yang secara amnya
diterima oleh makmal sebagai tahap normal. Enzim kardiak atau biomarkers yang
menunjukkan kenaikan signifikan menunjukkan peristiwa terbaru telah berlaku.
Diagnosis berdasarkan ujian Troponim T sahaja tidak diambil kira sebagai
diagnostik serangan jantung. Diagnosis
ischaemia
dengan cara lain yang tidak disokong oleh kenaikan signifikan dalam enzim
kardiak atau biomarkers akan terkecuali. Angina secara khusus tidak termasuk.
|
17
|
Pembedahan
Injap Jantung
|
Menjalani
pembedahan jantung terbuka menggantikan atau memperbaiki injap jantung yang
di akibatkan oleh kecacatan atau keadaan tidak normal injap jantung yang
berlaku selepas tarikh pengeluaran atau tarikh dikuatkuasakan semula Polisi
dan / atau Aneksur, yang mana terkemudian.Pembaikan melalui prosedur
intra-arterial, valvotomi, pembedahan lubang kunci atau teknik serupanya
tidak termasuk.
|
18
|
Hilang
Pertuturan
|
Hilang
keupayaan bertutur secara menyeluruh dan tak berbalik disebabkan oleh
kerosakan fizikal pada pita suara. Bukti perubatan yang diterima bagi
mengesahkan hilang pertuturan hendaklah diberikan.
|
19
|
Melecur
Major
|
Luka
terbakar Darjah Ketiga meliputi sekurang-kurangnya dua puluh peratus (20%)
permukaan tubuh
|
20
|
Trauma
Kepala Major
|
Kecederaan
kepala akibat kemalangan yang menyebabkan kerosakan serebrum (seperti yang
ditunjukkan melalui teknik pengimbasan atau pengimejan moden dan disahkan
oleh pakar perunding neurologi) yang mengakibatkan gangguan fungsian kekal
dan keupayaan melakukan sekurang-kurangnya tiga daripada aktiviti kehidupan
harian berikut tanpa
bantuan:
Mandi,
memakai pakaian, makan, keupayaan duduk atau bangun dari katil atau kerusi
dan mengawal fungsi usus atau
pundi
kencing secara terkawal, sama ada dengan atau tanpa menggunakan kelengkapan
mekanikal, peranti khas atau alat bantu atau alat penyesuai lain bagi orang
hilang upaya.
Bagi
tujuan Manfaat ini perkataan “kekal” bermaksud tidak ada harapan untuk sembuh
dengan pengetahuan dan
teknologi
perubatan semasa.
|
21
|
Pemindahan
Organ Utama / Sumsum Tulang
|
Menjalani
pemindahan, sebagai penerima jantung (termasuk jantung mekanikal), paru-paru,
hati, pankreas atau sumsum
tulang.
|
22
|
Penyakit
Sistik Medulari
|
|
23
|
Neuron
Motor
|
Diagnosis
tepat oleh pakar perunding neurologi bagi Penyakit Neuron Motor. Etiologi
penyakit tidak diketahui dan ia dicirikan melalui kemerosotan yang progresif
pada salur kortikospina dan sel tanduk luar atau neuron eferen bulba. Ini
termasuk distrofi otot spina, palsi bulba progresif, sklerosis lateral
amiotrofik dan sklerosis lateral primer.
|
24
|
Sklerosis
Berbilang
|
Diagnosis
tepat oleh pakar perunding neurologi bagi Sklerosis Berbilang dan disokong
dengan bukti klinikal bagi lebih daripada satu defisit neurologi yang
ditentukan dengan jelas, dengan tanda berterusan yang melibatkan saraf optik,
pangkal otak dan saraf tunjang serta gangguan koordinasi dan fungsi motor dan
penderia, yang berterusan selama
sekurang-kurangnya
enam bulan.
|
25
|
Distrofi
Otot
|
Diagnosis
distrofi otot yang disahkan oleh Pakar Neurologi Perunding yang terdiri
daripada kombinasi 3 daripada 4 keadaan yang berikut:
a)
Sejarah ahli keluarga lain yang menghidapinya
b)
Presentasi klinikal termasuk ketiadaan kekacauan deria, cecair normal
serebro-spinal dan pengurangan kecil refleksi tendon
c)
Karakteristik elektromiaogram
d)
Pengesyakan klinikal disahkan oleh biopsi otot
|
26
|
Jangkitan
Virus Kurang Daya Tahan Penyakit
(HIV)
Disebabkan Pekerjaan
|
Jangkitan
HIV yang berpunca daripada
|
27
|
Penyakit
Arteri Koronari Lain Yang Serius
|
Pengecilan
lumen bagi sekurang-kurangnya tiga arteri koronari dengan minimum tujuh puluh
lima peratus (75%). Bukti angiografi bagi penyakit sebenar hendaklah
diberikan.
|
28
|
Kelumpuhan
/ Paraplegia
|
Hilang
secara kekal dan menyeluruh penggunaan dua anggota badan atau lebih. Bukti
perubatan yang diterima bagi mengesahkan penyakit lumpuh itu hendaklah
diberikan.
|
29
|
Penyakit
Parkinson
|
Diagnosis
tepat oleh pakar perunding neurologi bagi Penyakit Parkinson Idiopatik
(agitasi kelumpuhan) yang memerlukan rawatan dengan menggunakan prekursor
dopamin. Semua bentuk Parkinsonisma lain dikecualikan
|
30
|
Hipertensi
Arteri Pulmonari Primer
|
Bermakna
hipertensi pulmonari primer dengan pembesaran yang banyak ventrikular kanan
seperti yang ditentukan oleh penyiasatan termasuk katerterisasi kardiak,
mengakibatkan kecacatan fizikal kekal tidak boleh pulih sehingga tahap
sekurang- kurangnya Kelas 3 Klasifikasi Persatuan Jantung New York berkenaan
kecacatan kardiak, dan mengakibatkan
Hayat
yang Diasuranskan tidak dapat menjalankan pekerjaannya dengan biasa.
|
31
|
Kardiomiopathi
Teruk
|
Kerosakan
fungsi otot jantung, didiagnosis dengan jelas tanpa ragu sebagai
Kardiomiopati oleh pakar kardiologi, serta mengakibatkan kerosakan fizikal
kekal ke tahap sekurang-kurangnya Kelas III klasifikasi kerosakan jantung
Persatuan Jantung New York. Kardiomiopathi yang berkaitan secara langsung
dengan penyalahgunaan alkohol adalah terkecuali.
|
32
|
Strok
|
Ditakrifkan
sebagai kemalangan atau kejadian serebrovaskular yang menyebabkan sekuela
neurologi yang kekal, telah berterusan selama tidak kurang dari enam bulan.
Infarksi tisu otak, hemorrhage dan suatu embolus yang berpunca dari
ekstrakranial adalah termasuk. Diagnosis mesti berdasarkan perubahan yang
dilihat didalam CT Scan atau MRI dan
disahkan
oleh seorang Pakar Neurologi Perunding bertauliah.
Secara
khusus dikecualikan adalah gejala cerebral akibat serangan iskemia
sementara,sebarang defisit iskemia neurologikal boleh undur, sebarang
serangan iskemia vertebrobasilar, tanda- tanda cerebral akibat migraine,
kecederaan cerebral akibat trauma atau hypoxia dan penyakit vaskular memberi
kesan kepada mata atau saraf optik atau fungsi
vestibular
|
33
|
Pembedahan
Aorta
|
Menjalani
pembedahan bagi aorta yang berpenyakit yang memerlukan eksisi dan penggantian
aorta yang berpenyakit dengan graf. Aorta di sini merujuk aorta toraks dan
abdomen sahaja.
|
34
|
Lupus
Eritematosus Sistemik Dengan Lupus
Nefritis
(SLE)
|
Peradangan
buah pinggang (Lupus Nefritis) yang terjadi sebagai akibat dari Lupus
Eritematosus Sistemik(SLE).
|
35
|
Penyakit
Terminal
|
Keadaan
yang dijangka akan menyebabkan kematian kepada orang yang dilindungi dalam
masa 12 bulan. Orang yang dilindungi hendaklah tidak menerima rawatan aktif
lagi selain daripada ubat penahan sakit.
|
36
|
Angioplasti
Dan Rawatan Pembedahan Lain
Untuk Penyakit
Arteri Koronari Utama
|
Prosedur
untuk membuka koronari sempit atau tersumbat bagi mengembalikan aliran darah
ke otot jantung dan rawatan pembedahan lain untuk penyakit koronari utama
|
No comments:
Post a Comment